
Sulit
4 tahun
Ubat untuk perempuan makan selepas bersalin normal
Salam. Saya telah melahirkan bayi ke5. Sebelum2 ini saya tidak makan ubat tambahan selepas bersalin. Tetapi kali ini, setelah 80 hari, saya merasakan perubahan kekuatan diri saya. Kerap sakit pinggang dan badan. Saya ada membeli produk set bersalin tetapi apabila membaca kandungan bahan, saya agak curiga. Jadi soalan saya, adakah ubat yang membantu memulihkan kesihatan saya kembali yang diluluskan oleh KKM. Selain ubatan cara lain yang boleh dilakukan. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, Selepas bersalin, ini adalah masa untuk memulihkan semula badan anda dari keletihan mental dan fizikal. Sebab itu, pantang bersalin sangat penting dan perlu dititikberatkan dengan menjaga pemakanan diri sendiri dan bayi yang menyusu badan.
Pemakanan yang bagus untuk proses penyembuhan dan meningkatkan tenaga selepas bersalin termasuklah mengandungi protein yang tinggi, vitamin, karbohidrat dan zat besi seperti diambil semasa mengandung. Makanan yang baik selepas bersalin adalah seperti:
- Produk tenusu rendah lemak
Susu, yogurt dan keju adalah sumber protein, kalsium, Vitamin B dan Vitamin D yang sangat baik untuk ibu menyusu. Ambil sekurang-kurangnya 50ml setiap hari. - Bijirin
Roti bijirin, beras perang dan gandum menyediakan kalori yang diperlukan terutama bagi anda yang menyusukan si kecil. Malah ia juga meningkatkan tahap tenaga kerana mempunyai nutrien dan vitamin yang diperlukan. - Buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan seperti oren dan blueberries kaya dengan antioksidan dan Vitamin C yang bagus untuk proses pemulihan selepas bersalin czer.
Manakala, sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang dan daun fenugreek juga mengandungi sumber Vitamin, kalsium dan zat besi yang bagus untuk memulihkan tubuh selepas czer. - Oat
Mengandungi serat yang tinggi bagi melegakan anda dari sembelit. Anda boleh menikmatinya bersama susu, buah-buahan kering atau kekacang. Contoh buat seperti epal, pisang dan mangga manis.
Mengenai jenis makanan tambahan yang lain, kami tidak boleh mengesyorkan produk khusus buat anda. Hal ini kerana maklumat lanjut tentang rekod kesihatan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat demi mencegah berlakunya komplikasi atau kesan sampingan yang tidak diingini. Setiap individu mempunyai reaksi tubuh yang berbeza-beza terhadap sesuatu produk.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih