
yv424503
2 tahun
Ujung jari berwarna merah
Saya nak tanya doc klu ujung jari berwarna merah tapi x pekat apa punca nyer doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkenaan soalan yang anda ajukan, apakah maksud anda hujung jari berwarna merah. Adakah keseluruhan hujung jari berwarna merah atau terdapat bintik atau kawasan tertentu yang menunjukkan gejala tersebut? Adakah ia muncul pada satu jari sahaja atau pada kesemua jari.
Oleh kerana maklumat anda kurang jelas, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.