Sulit
6 bulan
Apa vaksin yang boleh digunakan untuk demam denggi?
Hai doktor, apakah vaksin demam denggi yang boleh digunakan
6 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Vaksin demam denggi adalah vaksin yang dirancang untuk melindungi individu daripada jangkitan virus denggi yang menyebabkan penyakit demam denggi. Vaksin Dengvaxia dan vaksin Qdenga adalah dua contoh vaksin demam denggi yang telah dikembangkan. Dengvaxia adalah vaksin yang dicipta untuk mencegah demam denggi pada individu yang telah terdedah kepada virus denggi sebelumnya. Sementara itu, Qdenga adalah pilihan yang lebih baik untuk pencegahan denggi kerana ia boleh diberikan kepada individu berusia 4 dan ke atas berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan suntikan vaksin ini diberikan dua kali dengan selang tempoh tiga bulan sekali.
Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.