
nuramalina2509
4 tahun
Bayi terminum air mandian
Hi doctors, petang tadi saya mandikan bayi saya yg berumur 1 bulan. Secara tak sengaja air masuk ke dalam mulut bayi semasa saya membasuh muka dia & dia terminum air mandian tersebut. Adakah bahaya? Hingga sekarang bayi saya minum susu, tidur & bernafas seperti biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya bpasti bayi anda hanya terminum sedikit sahaja. Tambahan pula, dia tidak mengalami apa-apa gejala dan masih menyusu seperti biasa. Oleh itu, saya beraggapan bahawa tidak ada masalah berlaku pada bayi anda. Maka buat masa sekarang, anda tidak perlu terlalu risau.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.