Sulit
3 tahun
Bayi tidur tidak nyenyak ,najis cair dan kurang makan berbanding sebelum ini
Dokter mau tnya…ank sy usia hmpir 9 bulan…sjak akhir2 ini tidur dia tidak nyenyak asyik bgun menangis dan berguling sana sini…dan skrang njis dia cair kdg2 smpai terkeluar dri pampers,dia berak 1@2 kli shari berbnding dlu 2@3 hri skli…adakah itu normal?dia aktif sperti biasa…dia kurang makan sjak dia deman 2mnggu lps…dia menyusu seperti biasa…dan pagi tadi secara tiba-tiba dia muntah…mohon jawapan yer dokter.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdaapt beberapa punca bayi tidak tidur nyenyak pada waktu malam. Antaranya adalah:
- Bayi belum mengenal siang dan malam
- Bayi sangat sensitif terhadap suara bising
- Adanya perubahan pada tubuh bayi, seperti kedinginan, sehingga ia merasa tidak nyaman
- Bayi merasa lapar
Kembali kepada soalan anda, terdapat beberapa punca najis bayi cair. Antaranya adalah:
- Alergi makanan
- Kekurangan enzim tertentu
- Jangkitan perut atau usus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan mendapat rawatan yang sepatutnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.