
Sulit
2 tahun
Bengkak kaki sebelah kanan secara tiba-tiba
saya wanita beumur 22 tahun sejak awal pagi tadi semasa tidur tiba-tiba kaki saya sakit berdenyut-denyut sehingga agak sukar untuk saya bergerak.apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ketidak-sempurnaan saluran limfa
- Jangkitan kulit - Sellulitis
- Artritis sendi (Osteoarthritis)
- Gout
- Lemah jantung - menyebabkan edema(air terkumpul) dibahagian kaki
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.