faris014269

4 tahun

Berat badan tidak menurun walaupun telah melakukan diet dan senaman

Salam Sejahtera Doktor , saya berumur 18 tahun , saya ada masalah berat badan . Pada awalnya berat saya ialah 105kg dan saya telah mengurangkan berat saya kepada 84kg dengan makan dengan tidak mengambil minuman yg bergula , makan jumlah kalori yg sikit ( 1100 kalori sehari ) , makan protien dan sayur lebih daripada nasi , tidak makan pada waktu malam dan saya melakukan senaman angkat berat. Tetapi masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah , berat saya terhenti pada 84kg , saya cuba untuk mengurangkan kalori dan melebihkan senaman , tetapi tidak membuahkan apa-apa hasil ? Berat target saya ialah 70kg . Saya buntu . Apa yg saya perlu buat ? Saya Harap doktor dapat memberi pendapat kepada saya . Terima Kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk mengurangkan berat badan, tiada jalan yang mudah yang boleh diambil. Penerapan gaya hidup yang sihat adalah prinsip bagi mencapai berat badan yang anda inginkan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda berjaya mengurangkan berat anda sehingga 84 kg dari 105 kg. Syaba kerana anda gigih dan berdisiplin tinggi. Pengurangan berat badan bukan satu perjalanan yang linear. Ia memang boleh mendatar ataupin meningkat. Anda tidak harus putus asa tetapi menilai semula langkah-langkah yang telah ambil,

Dari segi diet, anda perlu mengamalkan cara makan yang mengikut piramid makanan yang telah diluluskan oleh kementerian kesihatan. Anda perlu makan sekurang-kurangya 3 kali sehari; sarapan, makan tengahari dan makan malam. Kurangkan karbohidrat seperti nasi, mi, roti putih dan gandum tetapi anda tetap perlu mengambilnya. Protein seperti ayam, ikan, daging dan produk tenusu juga wajib diambil bersama-sama sayur-sayuran dan buah-buahan. Konsep ‘suku-suku-separuh’ boleh anda guna pakai;suku pinggan untuk karbohidrat dan protein serta separuh sukatan pinggan untuk sayur-sayuran. Oleh kerana berat badan anda sekarnag 84, anda mungkin harus menilai semula jumlah pengambilan kalori yang ditetapkan untuk berat, tinggi dan usia anda.

Di antara ketiga-tiga waktu makan ini, anda boleh mengambil snek yang kurang gula, garam dan minyak. Elakkan dari minum minuman yang manis dan amalkan pengambilan air kosong.

Selain itu, anda juga perlu bersenam selurang-kurangya 150 minit seminggu. Mulakan dengan senaman ringkas sebelum menambah waktu dan intensiti senaman. Senaman mengangkat berat boleh membina otot dan juga membakar lemak. Anda harus meminta pendapat doktor anda sekiranya anda memanfg mempunyai apa-apa penyakit sebelum melakukan aktiviti ini. Tingkatkan berat yang diangkat secara progresif.

Jauhi amalan yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman keras. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau pakar pemakanan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

keracunan-makanan

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)