Sulit
2 tahun
Berpeluh dileher dan dada lebih2 bila sedang tidur
Saya lelaki berumur 60 tahun. kebelakangan ini saya sering berpeluh dileher dan dada saya, walaupun tiada activity yang saya lakukan. Lelih2 lagi saya sedang tidur himggakan bantal dan tilam saya basah kuyup. bolehan doctor terangkan dan analysis penyakit yang saya alami.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.