Sulit
7 bulan
Di kawasan manakah kes denggi banyak berlaku?
Hai doktor, selalunya nyamuk aedes banyak membiak di mana dan di kawasan mana kes denggi boleh berlaku?
6 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Nyamuk aedes boleh dijumpai di seluruh dunia terutamanya di negara yang beriklim tropika dan subtropika yang kebanyakan iklimnya adalah panas dan lembap. Namun, kawasan jangkitan denggi boleh juga tertumpu di bandar dan separa bandar kerana terdapat lokasi pembiakan nyamuk Aedes yang popular seperti tapak pembinaan dan pembuangan sampah yang tidak dijaga dengan baik.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.