Sulit
3 tahun
Diabetes..suami saya hanya ambil metformin pagi shj..sebiji. Tapi bacaan gula masih belum turun .in
Bagi bacaan glukometer waktu pagi 11.5…berapa kali patut makan ubat metformin …adakah. Sehari 2x…pagi sebiji n mlm sebiji?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, ia akan bergantung pada jenis metformin. Metformin yang biasa perlu diambil 2 atau 3 kali sehari. Jika extended release metformin perlu diambil pada pagi dan malam. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa maklumat yang lengkap tentang ubat yang suami anda ambil. Pengambilan ubat juga perlu diikut nasihat yang diberikan oleh doktor suami anda, kerana beliau lebih memahami kondisi suami anda dan telah menetapkan dos yang perlu diambil oleh suami anda setiap hari.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.