Sulit
3 tahun
Hi Dr… Ibu saya mengalami Letih,kencing manis Dan darah tinggi
Mak saya berumur 55 thun… Masa mula JD,mak rasa badan ni letih xdak daya,sakit dada n belakang,mak saya mempunyai kencing manis dan darah tinggi jugak… Tapi sejak sminggu ni… Sellu letih shinggakan ada satu mlm… Xleh tidur…bgaimana ya dr
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran anda berkait dengan gejala-gejala yang dialami oleh ibu anda.
Untuk makluman anda, perasaan tidak bermaya, sakit dada dan badan belakang, ditambah lagi dengan gejala sering berasa letih pada waktu malam dan susah tdiur, boleh disebabkan oleh faktor usia atau sebahagian dari gejala manopaus.
Namun anda juga harus berhati-hati, seperti yang kita tahu, komplikasi dari kencing manis dan darah tinggi juga boleh mengakibatkan gejala yang hampir serupa. Malah ia boleh menandakan masalah yang lebih serius tanpa kita sedari.
Antara perkara yang dibimbangkan adalah jika gejala-gejala ini berpunca daripada masalah seperti:
- Diabetes Ketoacidosis
- Dehidrasi berat
- Gangguan berat pada organ jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.