Sulit
2 tahun
Injap jantung bocor sikit
Salam sy nk tnye kalu injap jantung bocor skit blh ke kite buat bekam?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sehingga waktu ini belum ada kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang mengalami kebocoran injap jantung tidak boleh melakukan bekam. Anda boleh untuk melakukan bekam dan ia tidak akan membahayakan kesihatan anda.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.