brokentears2019
5 tahun
Jantung berdegup kencang
saya merupakan seorang mahasiswi di sebuah institusi pengajian tinggi awam di dlm negara dan berumur 22 tahun. saya ingin bertanya mengenai detak jantung saya kadang berdegup kencang dan adakalanya ia menyerang ketika saya sedang tidur yg menyebabkan saya akan terjaga. selalunya tempoh masa jantung saya akan berdegup kencang adalah antara 5 - 10 minit. saya juga mempunyai masalah gerd yg mana saya telah pun mengelakan daripada mengambil makanan pedas, minuman berkafein dan minuman bergas. adakah ia disebabkan oleh masalah gerd saya atau pun hanya perkara yg biasa?
3 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berkenaan dengan pertanyaan puan, individu yang sedang mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi, boleh membawa risiko untuk mendapat jantung berdegup laju (Rapid Heart Beat) dan ini dinamakan sebagai takikardia (tachycardia). Ingin saya jelaskan lebih lanjut berkenaan dengan perkara ini di bawah berikut.
Jantung berdegup laju atau dipanggil sebagai tachycardia, disebabkan oleh kegangguan pada impuls elektrik biasa yang mengawal kadar pengepaman jantung anda. Banyak perkara boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah pada sistem elektrik di jantung. Ini termasuk:
- Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung
- Laluan elektrik yang tidak normal dalam jantung semasa kelahiran (keadaan jantung kongenital, termasuk sindrom QT yang panjang)
-Penyakit atau kelainan kongenital jantung
-Anemia
-Senaman
-Tekanan mendadak, seperti ketakutan
-Tekanan darah tinggi atau rendah - Merokok
- Demam
Masalah GERD tidak menyumbang kepada dengupan jantung yang laju malah ia juga tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Jadi saya cadangkan anda ,untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!