Sulit
3 tahun
Jantung berdegup kuat dan laju
Saya wanita, berusia 27 tahun dan telah berkahwin. Saya telah mengambil ubat cacing berjenama Zentel sekitar jam 11 malam tadi. Setelah beberapa ketika, saya merasakan jantung saya berdegup kuat dan agak laju. Perkara ini berlarutan hingga ke siang hari dan mengganggu konsentransi pada pekerjaan saya. Saya turut mengalami pening kepala setiap kali jantung saya berdegup kuat atau laju. Heart rate terkini 120 bpm. Adakah ia berpunca dari pengambilan ubat cacing tersebut? Dan adakah ia perkara yang normal?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Anxiety
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia (Rendah gula dalam darah)
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!