Sulit
3 tahun
Jantung berdegup laju ketika dalam keadaan rehat
Hasil carian untuk Hello Dr. Saya Wanita berusia 25 tahun. Kebelakangan ini, saya sering berasa penat walaupun sudah mendapatkan rehat. Selain itu, jantung saya sering berdegup laju dan kuat walaupun saya tidak melakukan sebarang aktiviti dan bertambah laju apabila saya melakukan aktiviti ringan seperti sidai baju dan memasak. Jantung berdegup laju itu diikuti dengan rasa berat di dada dan terasa semput dan nafas menjadi berat. Ketika saya mendaki tangga, untuk sampai ke tingkat satu sudah cukup untuk membuat jantung saya berdegup dengan sangat laju dan susah untuk bernafas. Kadangkala saya berasa nyeri di bahagian dada. Tinggi saya ialah 168cm dan berat saya 48kg. Saya harap dr. Dapat membantu menjawab soalan saya ini. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!