
emeldanatashaaa
4 tahun
Kaki pendek sebelah selepas buka simen
Saya wanita 20an, Sy kemalangan pada 2 bulan lepas, Buku lali sy patah akibat kemalangan. Then doktor minta sy pakai simen selama 1 bulan lebih, sekarang kaki sy sudah boleh berjalan sikit tapi agak susah kerana kaki sy masih keras, sejak daripada kemalangan ni, lps buka simen kaki sebelah sy pendek sebelah. dan ni bukan sy agak agak, tp ni kenyataan, boleh sy tahu? kenapa kaki sy pendek sebelah ye? macam mana nak atasi bg kedua kaki sy sama panjang balik semua seperti asal? ke ataupun kaki sy akan kekal pendek sebelah selamanya? pls response i need to know

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketidaksamaan panjang kaki dapat terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Akibat kecederaan yang melibatkan dislokasi atau patah yang mana perbaikan tulang adalah dalam ukuran yang lebih pendek
- Jangkitan tulang
- Penyakit tulang seperti neurofibromatosis ataupun multiple hereditary exostoses
- Masalah saraf
- Akibat keradangan sendi seperti arthritis
Walaupun anda mempunyai riwayat trauma, belum jelas disini bahawa itu adalah penyebab pasti kepada masalah anda memandangkan tiada bukti radiografi disini. Justeru, sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut untuk dirujuk ke doktor kami, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.