Sulit
2 tahun
Keluar cecair keruh dari kemaluan
saya lelaki 23 tahun …saya sebelumni ada keluar nanah dari zakar dan sakit ketika kencing(berasa pedih)…lalu saya dapatkan rawatan di klinik berdekatan … Dr. Bagi suntikan antibiotic …dah dua hari…nanah dah tak keluar …tapi ada rasa gatal² dalam salur kencing …dan ada kluar cecair keruh dari kepala zakar…adakah keadaan saya semakin membaik atau perlu pergi ke klinik semula
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, kebiasaannya lendir yang keluar dari zakar adalah air mazi atau air mani dan ini adalah normal bagi seorang lelaki. Sekiranya anda mengalami jangkitan seperti gonorrhoea atau jangkitan kelamin yang lain, anda akan mengalami gejala seperti keluar lendir seperti nanah beserta dengan gejala gatal dan pedih ketika kencing atau luka pada zakar anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.