Sulit
4 tahun
Kemaluan bermasalah,keluar nanah dan sakit ketika buang air kecil
Saya seorang lelaki,mengalami kemaluan mengeluar nanah beberapa hari lalu,dan telah pergi ke klinik diberi antibiotik doxymycin hydrochloride 100mg & urinex,sy dh mkn selama 4 hari consistan…tp masih lg kluar nanah smkin hari smakin byk,adakah antibiotik itu tidak ok untuk saya atau tidak berkesan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, nanah dari kemalua boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Maka, walaupun anda telah mengambil ubatan, memandangkan masalah masih ada, bagi mengelakkan memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor. Selain untuk mendiagnosis, sesetengah ubatan seperti antibiotik memerlukan preskripsi dan arahan pengubatan oleh doktor. Kemungkinan ubat tersebut belum cukup kuat ataupun jangkitan telah merebak parah.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan. Ini adalah supaya rawatan yang tepat dengan diagnosisi dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.