Sulit
3 tahun
Kenaikkan berat badan selepas makan ubat sawan
Hi selamat petang , saya wanita berusia 20an . saya telah disah menghidapi sawan dan doktor telah memeberi saya ubat epilapsy iaitu epilim 200mg setelah saya makan ubat itu berat badan saya naik mendadak dan adakala nya rasa sakit dada ,sakit kepala yang teruk. saya telah berjumpa dgn doktor dan doktor menyarankan saya tukar ubat torleva 500mg . soalan saya adakah ubat torleva 500mg ni akan menyebabkan berat badan naik dan apa kah kesan- kesan lain ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kenaikan berat badan selepas makan ubat sawan. Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kajian setakat ini, rawatan ubat-ubatan untuk sawan boleh mempengaruhi perubahan berat badan yang besar. Ubat sawan yang berkaitan dengan penurunan berat badan adalah felbamate, topiramate, dan zonisamide. Manakala, ubat sawan yang berkaitan dengan kenaikan berat badan adalah gabapentin, pregabalin, asid valproic, dan vigabatrin dan mungkin, carbamazepine. Di samping itu, ubat sawan yang tidak mempengaruhi berat badan adalah lamotrigine, levetiracetam, dan phenytoin. Bagi ubat Torleva adalah daripada kategori ubatan levetiracetam.
Kesan sampingan yang berlaku pada 1% atau lebih pesakit yang memakan levetiracetam oral adalah seperti rasa mengantuk, sakit kepala, jangkitan, pening, sakit, faringitis, kemurungan, kegelisahan dan pening kepala. Sila rujuk kepada doktor sekiranya kesan sampingan ini berlarutan atau bertambah teruk.
Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Namun begitu, sukar untuk kami menjelaskan dengan lanjut kerana bergantung kepada pemeriksaan, berat badan yang naik boleh diakibatkan daripada masalah kesihatan atau suatu perubahan yang tidak serius. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- sindrom cushing
- akibat ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.