Sulit
2 tahun
Kesan pegambilan vitamin c
Saya wanita berusia 27 tahun, saya baru mula mencuba vitamin c Blackmores Bio C (1000mg) dibeli di Watson. Hari ini merupakan hari pertama, selepas sarapan pagi dengan roti, saya mengambil sebiji vitamin C. Setelah beberapa minit, saya dapati jantung saya berdegup sedikit laju seperti berdebar-debar. Adakah saya mengalami overdose vitamin C atau ia normal untuk seseorang yang baru cuba mengambil suplemen vitamin C?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar vitamin C yang disyorkan bagi individu yang sihat adalah sebanyak 65 hingga 90 milligrams (mg) sehari, selain itu pengambilan suplemen ini tidak boleh melebihi jumlah 2,000 mg sehari, kerana ini akan menyebabkan keracunan.
Vitamin C tidak boleh diambil oleh individu yang mempunyai sejarah penyakit:
- Thalasemia
- Gangguan G6PD
- Penyakit Sickle cell
Pengambilan Vitamin C yang berlebihan atau tidak terkawal boleh menyebabkan gejala yang serius seperti cirit birit,muntah,sakit kepala dan gangguan batu karang
Simptom berdebar yang anda terangkan dalam soalan sebenarnya tidak spesifik dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antara penyebab jantung berdebar adalah :
- Senaman berat
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Dehidrasi
- Perubahan hormon, termasuk kehamilan
- Keabnormalan elektrolit/”electrolyte abnomalities”
- Gula darah rendah
- Anemia
- Tiroid yang terlalu aktif, atau hyperthyroidism
- Demam
- Ubat-ubatan, suplemen herba, dan suplemen pemakanan
- Ubat-ubatan preskripsi seperti beta-blocker, inhaler asma, dan dekongestan
dadah haram, seperti amphetamines dan kokain - Penyakit jantung
- Aritmia (arrhythmia), atau irama jantung tidak teratur
Sebaiknya pengambilan suplemen perlu dirujuk kepada doktor atau pakar nutrisi . Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan menjalankan pemeriksaan badan secara menyeluruh.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.