Sulit
4 tahun
Kesan rawatan keputihan
Hai. Baru2 ni saya ke klinik utk mendapatkan rawatan utk keputihan saya. Tapi saya ingin bertanya utk mendapatkan jawapan dgn lebih jelas. Doktor beri saya ubat Nystatin dan ubat anti-fungal.
Selepas saya memasukan ubat nystatin kedalam,saya nak tau perlu ke saya bersihkan dalam faraj saya sbb saya dapati ada kesan keputihan seperti berbiji biji dlm faraj slps keesokkannya atau saya perlu biarkan saja and dia akan hilang sendiri?
Dan berapa lama saya dapat melihatnya kesannya selepas saya ambil ubat tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik- bintik yang anda hadapi adalah kesan sampingan yang boleh terjadi setelah menggunakan rawatan tersebut.
Kesan penggunaan rawatan ini bergantung kepada individu. Terdapat segelintir wanita yang telah sembuh daripada jangkitan kulat setelah 3 hari. Namun, terdapat juga segelintir wanita yang mengambil masa 2 minggu untuk benar-benar sembuh. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil ubat tersebut seperti yang ditetapkan oleh doktor anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.