Sulit
2 tahun
Loya dan banyak angin di tekak
saya wanita berumur 20 dan sudah berkahwin. Pagi tadi saya rasa pening kepala yang berpusing2 dan tekak saya rasa loya serta rasa seperti angin bnyk tersekat di bahagian tekak. Pagi ini saya dah muntah 2 kali, yang pertama muntah seperti air dan yang kedua muntah makanan yang saya makan.
Saya tak rasa yang saya mengandung sebab baru 2 minggu lepas saya habis period tetapi darah period saya juga warna hitam dari hari pertama hingga lah hari ke 12.
Adakah ini simptom gastrik biasa ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Meniere’s Disease
- BPPV
- Gastritis
- Dispepsia
- GERD
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.