
lailypeace
4 tahun
Makan sedikit, cepat kenyang dan mual
Saya wanita 24 tahun, sering mengalami cepat loya dan mual bila makan. Apatah lagi,apabila dipaksa untuk makan lagi. Bila saya lapar, saya makan dalam kuantiti yg sedikit, kemudian cepat kenyang. Berat badan saya pun berkurangan . Last timbang masa minggu ke tiga raya 2019,berat saya 36kg sahaja. Saya pun nak mkan banyak mcam orang lain, tapi tak boleh. Apa yang saya hadapi dan car mengatasinya. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera.
Kehilangan selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai jenis punca termasuk tekanana emosi dan kemurungan. Rasa loya dan ingin muntah pula sering disebabkan oleh masalah sistem penghadaman atau masalah mental.
Rasa muntah selepas makan boleh disebabkan oleh pelbagai punca termasuk ketumbuhan di dalam perut, GERD (injap esofagus yang tidak berfungsi dengan baik), ulser di dalam perut dan sebagainya. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kekurangan berat badan termasuk:
• Penyakit lemah jantung
• Penyakit paru-paru seperti asma
• Penyakit autoimun seperti SLE dan rheumatoid arthritis
• Jangkitan kronik seperti TB dan HIV
• Jangkitan parasit di dalam usus
• Kencing manis
• Hipertiroid atau hormon tiroid berlebihan di dalam badan
• Barah
• Penyakit psikiatrik seperti anorexia nervosa dan kemurungan
Berat badan yang berkurangan lebih daripada 5% dari berat badan asal anda dalam masa 6 bulan tanpa apa-apa sebab yang munasabah merupakan kondisi agak serius.
Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga anda adalah sangat risau tentang kondisi anda. Anda sekarang berkemungkinan besar adalah tidak sihat dan anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan secepat mungkin.