Sulit
3 tahun
Masalah kegemukan dan cara mengatasinya
Hai saya Hana 22 tahun tinggal di Malaysia … saya ada masalah kegemukan ,saya nak try diet dan exercise tpi hnye ada berapa berubah sikit berat saya dri 103 trun ke 92 then ia ttap kekal 9kg tk turun 8kg mcm tu sy rse mcm dah move on klu Bert still sme… Sy Tak Tau macm Mana nak lakukan lagi? Tlg doktor mcm mne sy hndak melakukannye? Supaya berat bdn sy mencapai 65kg ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kegemukan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa kaedah untuk mengenal pasti masalah kegemukan dan cara mengatasinya.
1) Kawalan Pemakanan
- Pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang rendah dan makanan yang mengandungi kurang lemak adalah amat penting dalam strategi untuk menurunkan berat badan
- Sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 hingga 1000 Kcal sehari berat badan akan berkurang sebanyak 8-10% dalam tempoh 6 bulan
- Pengambilan kalori yang sangat rendah sebanyak 200 hingga 800 Kcal sehari boleh diamalkan untuk mencapai penurunan berat badan yang cepat tetapi memerlukan pengawasan daripada doktor atau pakar pemakanan
- Kempen tentang cara pemakanan harus dilakukan di setiap sekolah sebagai cara menyelesaikan masalah obesiti di peringkat sekolah
2) Senaman
- Senaman memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat badan dalam kalangan pesakit obesiti.
- Senaman akan mengubah komposisi badan, mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit dan meningkatkan kualiti kehidupan
- Senaman sederhana selama 30 minit setiap hari boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi seperti jantung dan kencing manis
- Untuk mengekalkan berat badan setelah berlakunya penurunan berat badan, anda memerlukan senaman sederhana selama 60-90 minit sehari
- Aktiviti senaman di sekolah pula adalah salah satu cara mengatasi obesiti dalam kalangan pelajar dengan efektif
3) Terapi Tingkah Laku
- Matlamat terapi tingkah laku adalah untuk mengubah gaya dan cara pemakanan seseorang dan ianya dapat dicapai melalui sesi kaunseling pemakanan, kumpulan sokongan, dan pemantauan diri sendiri terhadap gaya hidup yang sihat
- Kaedah ini boleh diambil oleh golongan yang tidak dapat mengawal cara pemakanan dengan sendiri
Masalah berat badan berlebihan memerlukan masa, kesabaran dan pengorbanan untuk menyelesaikannya. Namun, sekiranya masalah berat badan anda masih tidak teratasi, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini penting bagi mengetahui kondisi kesihatan sebenar anda sebelum rawatan susulan seperti ubat-ubatan yang mungkin diberikan kepada anda jika perlu.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih