
Sulit
4 tahun
Masalah susu yg diberikan pada bayi
assalammualaikum n salam sejahtera… sy seorang ibu kpd bayi yg berumur 25 hari pd hari ini ( 18/12/2020)… sy mula bagi dia susu formula (similac) sejak dia berusia 4 hari sbb susu badan sy kurang… sehari dalam 3-4 kali dan selebihnya susu badan… mula2 sy tengok najis dia cantik… tekstur lembut… tapi start 12/12/20 dia tak berak… dia berak pada malam 15/12/2020… selepas dia berak sy terus tukar susu daripada similac kpd dutch baby pada hari yg sama… keesokkannya najis dia oke… dia membuang dengan banyak ( 1kali)… pada 17/12/2020 dia mula berak2 tapi dalam kuantiti yg sedikit… dan najisnye tak keras… lembut tapi nmpak mcm ada air… 6 kali dia membuang… soalan sy… kalau sy terus tukar susu akan ada masalah apa2 ke? atau sy kena tunggu selama beberapa hari baru boleh tukar susu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam dan salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami faham masalah yang anak anda sedang alami. Untuk menjawab persoalan anda, tidak ada masalah untuk anda menukar susu bayi anda.
Walau bagaimanapun, membuang najis sebanyak 6 kali sehari adalah tidak normal. Kekerapan membuang najis dalam sehari untuk bayi adalah 1 ke 3 kali sehari. Memandangkan anda menyatakan terdapat air di dalam najis tersebut, perkara ini perlu diberikan perhatian. Anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor untuk diperiksa.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berikut merupakan antara gejala lain yang perlu anda pantau dalam bayi anda dan segera membawa si kecil anda berjumpa dengan doktor sekiranya dia mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Lemah
- Kurang menyusu
- Menangis dan tidak dapat dipujuk
- Najis cair
- Najis bercampur darah
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami di atas talian. Terima kasih.