
Sulit
3 tahun
Merah-merah dikelangkang bayi
bayi saya berusia 1 tahun mengalami merah-merah/melecet di kawasan kelangkang.sudah 2 minggu tapi masih belum sembuh lagi.saya sudah gunakan krim yang diberi dari klinik kerajaan. saya nak tanya krim apa yang sesuai untuk merawat masalah bayi saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anak anda yang berusia 1 tahun mengalami kemerahan kulit pada bahagian celah kelangkang. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan kepastian mengenai masalah yang dialami oleh anak anda tanpa maklumat tambahan dan pemeriksaan. Oleh itu, kami tidak boleh mencadangkan rawatan yang sesuai bagi anak anda.
Terdapat beberapa sebab untuk kemerahan pada celah kelangkang kulit untuk bayi. Antaranya :
- Ruam lampin (diaper rash)
- Dermatitis
- Alahan pada bedak atau sabun
- Impetigo
Memandangkan masalah kulit anak anda belum sembuh selepas penggunaan ubat yang diberikan, kami menyarankan anda untuk merujuk sekali lagi kepada klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan lain yang lebih bersesuaian dengan masalah anak anda.
Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak kami mengenai masalah anak anda.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.