
Sulit
4 tahun
Muntah yang berwarna hijau
Saya lelaki berumur 20… Baru ii ni saya ade mengalami muntah yg berwarna kehijauan… Adakah badan saya ade mengalami suatu penyakit boleh bagi tahu selanjutnye… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai gejala yang anda sedang alami. Ini hanyalah pandangan kami secara am dan terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Antaranya:
- Ascending cholangitis: Jangkitan pada saluran hati dan hempedu
- Radang hempedu atau cholecystitis
- Radang hati atau hepatitis
- Radang pankreas
- Batu karang hempedu
- Kanser: Pankreas, hempedu, hati
Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya ianda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Kuning yang semakin progresif
- Warna najis yang pudar
- Gatal-gatal kulit
- Demam
- Kesukaran bernafas
- Kerap muntah (sama ada berserta dengan darah ataupun tidak)
- Lesu dan kurang selera makan
- Penurunan berat badan
Jika anda masih mempunyai soalan, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pakar kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.