Sulit
3 tahun
Nak tambah pengetahuan asas ilmu perubatan
Tanda2 seorang tu ade serangan jantung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degupan nadi/ jantung yang normal bagi individu dewasa adalah sekitar 60-100 kali seminit. Menjawab soalan anda, antara tanda-tanda penyakit jantung adalah:
- sakit dada secara tiba-tiba. Sakit ini selalunya dirasai di tengah-tengah dada dan bersifat menekan. Sakit ini juga mungkin merebak ke:
- lengan kiri
- leher
- rahang
- kerongkang
- belakang
- bahagian atas perut
- Selain sakit dada, seseorang yang mengalami serangan jantung juga mungkin merasai; kesesakan nafas, pening kepala, kelesuan, loya, muntah
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!