Sulit
3 tahun
Nanah di tempat luka jahitan
Saya remaja berumur 20 tahun, sudah sebulan lebih saya membuat operation membuang appendiks yang pecah. Dan sekarang di tempat luka jahitan itu ada sedikit lubang dan mengeluarkan cecair berwarna kuning dan sedikit darah, luka jahitan saya tu ada yang melekuk ke dalam sikit. Pada 24/6/21 saya telah berjumpa doctor pakar, dan dia memberitahu bahawa ada nanah sedikit dan diberikan antibiotik , next check up 2 minggu lagi. Pada pendapat doctor apakah berbahaya masalah saya ini? Dan kenapa luka jahitan saya itu sedikit melekuk ke dalam. Berapa kali sehari saya perlu menukar pembalut yg memgeluarkan cecair ini ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang nanah di tempat luka jahitan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya, nanah pada luka jahitan boleh disebabkan jangkitan yang berlaku pada kawasan luka jahitan. Hal ini lazimnya memerlukan pemerhatian doktor untuk mencegah komplikasi yang serius.
Menurut sesetengah doktor pakar, post-op dressing atau balutan luka operasi perlu diganti apabila terdapat indikasi atau jadual yang khusus. Anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui hal ini dengan lebih lanjut.
Namun begitu, anda perlu segera merujuk ke klinik atau hospital yang terdekat sekiranya luka jahitan didapati terbuka, nanah yang berterusan atau berlakunya pendarahan pada kawasan luka.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan pandangan lanjut tentang perkara ini, kami juga boleh menghubungkan anda dengan doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.