Sulit
4 tahun
Luka geseran kemalangan
Sy kemalangan dan kaki tergeser diatas jalan tar meninggalkan luka pada permukaan kulit, boleh ke saya guna vinodine spray dan alkohol secara harian untuk luka ini .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Vinodine spray merupakan semburan antiseptic, namun anda perlu untuk merujuk ubat ini dengan pihak farmasi dan doktor bagi memastikam kesesuaian ubat dengan masalah yang anda alami serta kondisi kaki anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya kawasan luka tersebut mula berwarna merah, bengkak membesar, sakit serta gatal maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik bagi pemeriksaan lanjut akan kemungkinan jangkitan kuman. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan kawasan luka bersih dan kering dan tidak memicit sebarang bengkak atau benjolan yang ada.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian kerana maklumat tambahan adalah diperlukan bagi membuat konklusi sepenuhnya. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.Sekian