Sulit
3 tahun
Digigit oleh kucing yang sakit
Hello. Saya wanita berumur 20-an. Baru-baru ini, kucing kami di rumah sakit, kucing tu macam lemah, tak berdaya, malas nak brgerak, mulut terbuka dan berair. Lepastu kakak saya beli ubat antibiotik dan tahan sakit untuk kucing. Then, bila masa kami nak cucuk jarum tu, kucing gigit tangan saya sampai berdarah lpastu kkak saya cakap kucing tu mnghidap penyakit rabies lpastu saya prgi lh ubat tangan saya. Penyakit rabies tu berbahaya tak utk manusia dan kalau tangan saya sembuh beberapa hari dri gigitan itu ertinya saya tak terjangkit kan?? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekal sihat dan dapatkan vaksinasi anda dengan doktor kami!
Untuk pengetahuan anda, penyakit rabies adalah sejenis penyakit berbahaya yang berpunca dari jangkitan Lyssavirus dari haiwan (khususnya anjing liar) yang dijangkiti rabies.
Rabies boleh dijangkiti melalui transmisi air liur & tisu tubuh (haiwan yang terjangkit) kepada manusia melalui luka gigitan atau luka terbuka pada kulit. Umumnya individu yang dijangkiti rabies akan mengalami gejala seperti
- demam,
- sakit badan dan kepala,
- hidrofobia,
- lumpuh
- mahupun koma.
Antara langkah-langkah awal yang amat disarankan apabila seseorang individu dijangka telah digigit haiwan rabies (samada anjing liar, kucing peliharaan, dll.) termasuk:
- Mencuci kawasan tubuh yang telah digigit dengan sabun dan air mengalir (bagi menghilang kesan air liur)
- Mendapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat
- Pastikan haiwan peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat
- elakkan kontak atau bersentuhan dengan haiwan peliharaan tersebut buat seketika
Tambahan lagi, pada masa akan datang anda juga digalakkan untuk:
- Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan haiwan peliharaan.
- Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
- Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, kami menasihatkan agar anda kembali ke klinik ataupun hospital tempoh hari bagi mendapatkan bantuan susulan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Tingkatkan sistem kekebalan tubuh dengan makanan yang seimbang & berkhasiat.