Sulit
4 tahun
Bayi terjatuh dari dukungan
Anak saya terjatuh dari dukungan suami saya. Tinggi suami saya 170m. Anak saya menangis tetapi ok selepas dipujuk. Keadaan aktif dah boleh makan. tiada lebam/benjol kelihatan cuma calar luka… apa yg perlu kami lakukan? adakah bayi saya boleh mengalami kecederaan organ dalaman?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk saya membuat kesimpulan sekiranya anak anda ada mengalami kecederaan organ dalaman atau tidak. Hal ini kerana, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, sekiranya anak anda masih aktif, tiada mengalami apa-apa gejala berkemungkinan anda tidak perlu risau.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.