Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian rahim
Saya 21 tahun dan masih belum berkahwin. Semasa 2015 saya pernah menghadapi eksiden, yg dimana keadaan saya ketika itu, saya berada di bawah bas dan motor saya menghempap saya. Luaran saya tidak ada sebarang luka dan bila saya pergi buat check up doctor, doc kata saya tidak ada sebarang masalah. Selepas 2 iaitu seawal bulan 2, saya sudah mula ada rasa sakit bahagian rahim dan bahagian peranakkan. Bila saya check dgn doc, doctor kata effect saya eksiden tu baru ada skrng. Sehingga skrng saya ada rasa sakit bahagian rahim itu. Soalan saya, apakah effect lain jika saya biarkan sakit itu berlarutan? Dan apa tindakan saya perlu buat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ia boleh jadi dari sakit yang biasa seperti haid, trauma, sakit otot, jangkitan kuman, radang organ reproduksi dan juga sakit yang serius seperti barah ovari dan barah rahim. Untuk mengetahui penyebab sebenar, maklumat perubatan dan pemeriksaan yang lebih lanjut diperlukan, termasuklah ujian klinikal seperti ujian makmal dan perimejan.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih