Sulit
3 tahun
Suntikan akibat keracunan
Saya wanita dalam 20’an…masa saya umur 14 tahun saya pernah dicucuk bhgian punggung kerana keracunan…selepas 2-3 bulan tempat yang dicucuk bernanah lama jugak la lepastu saya ingat dah okay… tapi sekarang tempat yang dicucuk tu timbul dan bila dipicit keluar sesuatu warna kelabu hitam dan berbau busuk…macam mana tu???
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan berkemungkinan terkait dengan sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari pusat rawatan anda atau hospital yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan yang menyeluruh & berkesinambungan.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- trauma kronik
- komplikasi dari jangkitan kuman atau fungus
- gangguan kulit
- masalah tubuh lain yang memerlukan rawtan doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.