Sulit
3 tahun
OBESITI dan kesan penggunaan ubat kurus berasaskan KACANG GINJAL PUTIH
Saya mempunyai masalah obesiti sejak melahirkan 3org anak secara cizer. Selain itu, paras kolestrol sy juga berada diparas yg tidak sihat. Namun, sy masih selamat dari penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kini saya sedang mengamalkan diet sihat disamping pengambilan suplimen kurus yg berasaskan Kacang Ginjal Putih. Sebelum mengambil suplimen ini, sy telah mengkaji di google tentang kebaikan kacang ginjal putih ini mampu mengawal penyerapan kanji dan lemak yg kita makan dan ada disenaraikan lagi beberapa kebaikan yg mampu membantu menurunkan berat badan. Walaupun khabarnya macam bagus utk masalah obesiti tp sy masih risau dgn masalah fungsi hati yg mungkin akan terganggu disebabkan pengawalan kacang ginjal putih dlm sistem pencernaan dan sbgainya. Kesan pengambilan suplimen ini terhadap sy sekarang mudah utk membuang air besar, rasa kenyang yg lama dan badan terasa ringan. SOALANnya adakah sy perlu berhenti pengambilan suplimen ini atau sebaliknya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, anda ingin mengetahui tentang penggunaan ubat kurus berasaskan kacang ginjal putih. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Untuk pengetahuan anda terdapat sumber yang menyatakan bahawa ekstrak kacang ginjal putih mempunyai khasiatnya tersendiri, namun begitu, mengamalkannya secara berlebihan atau tanpa rujukan dari pakar nutrisi boleh menyebabkan mual, perut kembung dan cirit-birit.
Tambahan lagi, terdapat pelbagai kaedah yang dijamin dapat mengurangkan berat badan seperti, makanan dan diet yang sihat, senaman dan gaya hidup yang aktif.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor Dietitian.