
Sulit
5 tahun
Pil Norethisterone ubat stop period
Salam Doktor, saya yuni berusia 19 tahun. Sebelum ini saya mengalami pendarahan sehingga 2 minggu. Dalam tempoh tersebut, darah yang keluar begitu banyak & saya kerap tukar pad sehingga 3, 4 kali sehari. Ini adalah pertama kali saya mengalami masalah seperti ini. Saya bimbang, jadi saya membuat keputusan mengambil pil norethisterone. Selepas pada itu, darah tak keluar. Tapi kalau saya tertinggal satu hari tak makan pil tu, darah akan mula keluar balik, tapi hanya sedikit dan bertompok kemerahan coklat. Kini dah masuk 12 hari saya makan pil tu, saya ingin tahu bilakah saya boleh berhenti makan pil tu dan adakah darah period saya kembali teratur jika saya berhenti makan pil itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berlebihan dan berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu, keputusan untuk mengambil ubat norethisterone serta berapa lama tempoh yang disarankan untuk anda mengambil ubat ini bergantung kepada keputusan doktor yang menilai anda nanti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.