Sulit
3 tahun
Masalah haid keluaar tidak teratur
assalam doktor,saya amy dari kota kinabalu sabah,berumur 32 tahun sudah berkahwin dan mempunyai seoarang anak, di sini saya ingin bertanya tentang masalah haid saya yang sangat tidak teratur, setiap bulan haid saya akan keluar selama sebulan lebih atau sehingga dua bulan dan keluar ketulan darah yang besar dan sangat banyak, macam mana saya nak hentikan darah haid ini ya doktor,perlu ka saya ambil ubat menghentikan darah haid ini, bantu saya doktor🙏🏻
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid berpanjangan. Saya akan cuba membantu dengan memberikan maklumat berkaitan situasi anda.
Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan. Antara kemungkinan punca keadaan ini berlaku adalah:
- Masalah ovulasi seperti PCOS
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Penggunaan perancangan keluarga terutamanya IUD
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah tiroid
- Gangguan emosi
- Obesiti
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor kerana haid yang berpanjangan boleh menyebabkan anemia.
Saya harap jawapan diatas memuaskan, sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk perbicangan yang lebih terperinci, anda boleh melakukannya secara atas talian. Terima kasih.