Sulit
2 tahun
Haid berpanjangan dan berketul merah pekat
Saya wanita berusia 32 tahun ,saya mengalami masalah kitaran haid tidak teratur .saya menjadi tanda tanya di mana haid saya kali ini perpanjangan sehingga lebih dari 15 hari dan pengaliran pada awalnya normal namun ianya semakin banyak ,berketul berwarna merah pekat pada pertengahan haid dan saya tidak mengalami kesakitan ,tidak mengalami kegatalan dan tidak berbau busuk .Saya ingin minta pendapat pada yang pakar dimana saya merancang utk hamil .terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan.
- Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Keadaan ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
- Endometriosis, sejenis keadaan di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
- Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer).
Seterusnya,sebelum membuat persediaan untuk hamil anda haruslah berjumpa dengan doktor dan menerima nasihat yang sewajarnya.
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!