Sulit
3 tahun
Period terlalu lama melebihi 15 hari
Saya berumur 51 thn. Berat saya 53 kg dan tinggi 152cm. Kebelakangan ini period saya hanya datang sedikit2 shj. Tetapi terkini period saya datang telah melebihi 15 hari. Adakah ini tanda monopaus? Saya kerap melalukan senaman jogging setiap hari selama 40 minit. Saya mempunyai 6 org anak, 3 drpnya bersalin normal dan 3 lg secara pembedahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami pendarahan haid yang berpanjangan dan ingin mengetahui jika ia disebabkan oleh menopause. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai punca masalah anda tanpa sejarah perubatan anda yang lengkap serta pemeriksaan. Secara umumnya, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Stres
- Berat badan yang berlebihan
- Melakukan aktiviti senaman lasak
- Penggunaan perancangan keluarga
Selain itu, ada kajian yang menunjukkan bahawa salah satu menopause adalah pendarahan haid yang berpanjangan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan kepastian. Anda boleh dapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami agar kami dapat membantu anda mengatasi masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.