Sulit
3 tahun
Period yang tak stabil dan tidak seperti kebiasaan. Tidak mengambil apa2 ubat,
Saya berumur 28thn, blm berkawin, tdk melakukan seks. Bermula july 2021 period sy datang almost 50hari. 6-7 hri pertama darah seperti biasa, hri slepasnya lendir+ darah, kadang2 kecoklatan. Hanya gap 4@5 hari, period lagi dibulan oct sehingga sekarang (5/11/2021) tapi darahnya sedikit2. Tidak seperti selalu. Period normal sy di bulan2 yg lepas 9-12 hari shja. Sudah buat check-up diklinik seperti ultrasound(yg disapu gel diperut), katanya doktor,xada apa2, tapi sy risau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Fibroid dalam rahim
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.