Sulit
3 tahun
Sy ad Cyst dan pcos mkn perancang
Assalamualaikum sy berusia 17 thn sy sudh berkahwin sy nk tnya dr sy ad datang buln selama 1 buln dan dr dari hospital suruh sy mengambil pil perancang dan sy mkn pil itu selama 1 minggu dan berhenti 4 hari sudah haid sy keluar bnyak dan ketul 50sen lama jadi sy ambik pil perancang yasmin sy dh mkn 1 minggu tapi darah tetap turun jugak… terima kasih dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid berpanjangan. Saya akan cuba membantu dengan memberikan maklumat berkaitan situasi anda.
Untuk makluman anda, masalah haid biasa dilihat pada golongan remaja disebabkan tahap hormon yang masih belum stabil. Namun, haid yang berpanjangan dinamakan sebagai menorrhagia. Masalah ini boleh disebabkan oleh :
Masalah ovulasi seperti PCOS
Fibroid rahim
Polip rahim
Penggunaan perancangan keluarga terutamanya IUD
Endometriosis
Adenomyosis
Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Ketidakstabilan hormon
Masalah tiroid
Gangguan emosi
Obesiti
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor kerana haid yang berpanjangan boleh menyebabkan anemia.
Saya harap jawapan diatas memuaskan, sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk perbicangan yang lebih terperinci, anda boleh melakukannya secara atas talian. Terima kasih.