Sulit
3 tahun
Darah period berterusan dalam tempoh yang lama
saya berumur 18 tahun. saya sering mengalai masalah darah period yang berterusan dala tepoh yang agak lama seperti 1 bulan lebih atau 2 bulan. masalah ini bermula dari saya berumur 15 tahun. kadangkala period saya tidak datang selama 1 bulan lebih. darah yang keluar dengan banyak akan membuatkan saya sakit kepala dan saya juga sering sakit pinggang. jadi apakah asalah ang dialami oleh saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah haid berpanjangan anda dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid biasa dilihat pada golongan remaja disebabkan tahap hormon yang masih belum stabil. Namun, haid yang berpanjangan dinamakan sebagai menorrhagia . Masalah ini boleh disebabkan oleh :
- Masalah ovulasi seperti PCOS
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Penggunaan perancangan keluarga terutamanya IUD
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor kerana haid yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi anemia. Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda menangani masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.