Sulit
3 tahun
Psoriasis makanan tambahan
Selamat pagi. Saya nak tanya psoriasis yang saya alami…boleh tak kalau kita makan produk tambahan contohnya seperti Kitsui…untuk penjagaan kulit…sesuai tak kandungan makanan tersebut dengan psoriasis??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang makanan tambahan yang akan mencetuskan psoriasis. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis makanan yang akan mencetuskan psoriasis. Antaranya adalah:
- Daging merah dan telur
- Gluten
- Makanan yang diproses
- Sayur-sayuran yang mengandungi solanin ( tomato, kentang, terung)
Anda tidak disarankan untuk mengambil sebarang suplemen tanpa nasihat doktor. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor anda tentang makanan yang anda boleh ambil atau sekiranya suplemen tersebut sesuai untuk anda. Sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.