Sulit
3 tahun
Ragu ragu tentang pil penambah berat badan
Saya berumur 16 tahun.Berat badan saya tidak mencukupi.Justeru itu saya ada membeli satu botol pil penambah berat badan.Botolnya berwarna putih serta terdapat pil berwarna oren dan kuning.Tetapi saya berasa tidak yakin untuk mencubanya kerana tiada tanda kelulusan kkm.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan informasi tentang produk kesihatan tambahan untuk menambah berat badan.
Kami tidak boleh membuat sebarang komen tentang produk yang anda ingin ambil kerana tiada maklumat lanjut tentangnya.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis produk yang diiklankan dan dijual bertujuan untuk menambah berat badan. Fungsi utama dalam kebanyakan produk adalah:
- Menambah selera makan
- Meningkatkan kadar penyerapan makanan dalam sistem penghadaman
- Mengurangkan kadar pembakaran lemak dalam badan
Walaubagaimanaun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa jenis produk kesihatan tambahan untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini. Hal ini kerana banyak produk yang tidak diluluskan KKM boleh membahayakan kesihatan penggunanya. Kandungan yang dinyatakan serta manfaat yang disenaraikan juga boleh jadi tidak benar. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan atau mengambil sebarang produk atau suplemen tambahan.
Saya berharap maklumat yang telah dinyatakan diatas dapat membantu anda dan sekiranya anda memerlukan penerangan yang lebih mendalam, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.