
jamoren97
4 tahun
Rasa lenguh selepas terkena renjatan eletrik pada sebelah kiri tangan sele
saya ade mengalami renjatan eletrik ketika mengecas laptop dan sebelah saya rasa lenguh dan kepala saya sakit. adakah saya patut pergi ke hospital atau apakah tindakan lanjut saya boleh lakukan ? boleh dr jawab soalan yang saya telah kemukakan terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa gejala yang boleh berlaku jika terkena renjatan elektrik seperti:
- Pengsan
- Rasa kebas atau lenguh
- Susah bernafas
- Sakit kepala
- Masalah penglihatan dan pendengaran
- Melecur
- Sawan
- Degupan jantung yang tidak normal
Jika anda mengalami mana-mana gejala yang telah dinyatakan, anda perlu segera berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik berdekatan. Jika anda mengalami kesan melecur pada tangan atau jari anda, anda perlu ke wad kecemasan, jika tidak anda boleh ke klinik berdekatan untuk memastikan tiada kecederaan lain.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.