Sulit
3 tahun
Sakit kat dalam lubang telinga dan sakit ke gusi
Saya 4 hari lepas memakai earphone adik sye, dan selepas tu telinga di belah kiri sye mula sakit. Awal nya sakit yg biasa, dan sye abaikan. Tp mula keesokan nya sakit tu makin teruk. Dan sye cuba korek telinga mungkin kotoran kat telinga saye bnyak, tapi sye tkdapat mengorek kotoran itu malah telinga sye makin sakit. Sye cuba mengambil pil panadol utk hilangkan rasa sakit nya tu. Tapi masuk hari ini, rasa sakit nya makin sakit sampaikan effect ke sakit kat gusi gigi. Saye heran, ape kaitan dengan sakit di dalam lubang telinga hingga beri effect sampingan kat gusi. Dan kenapa dengan telinga sye. Adekah sebab jangkitan kuman atau kotoran di telinga sye yg banyak dan block di lubang telinga?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami sakit dalam telinga sehinggakan menyebabkan kesakitan pada gusi. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan telinga
- Alahan
- Luka telinga
Namun ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- Otitis media
- Trigeminal neuralgia
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih