Sulit
3 tahun
Sakit di dalam telinga, sakit di permukaan telingan dan rahang, telinga tersumbat dan pendengaran tidak jelas, keluar cecair pada telinga
saya wanita berusia 18 thn… saya mengalami masalah sakit di dalam telinga, sakit di permukaan telinga dan rahang apabila cuba buka mulut atau mengonyah makanan. telinga tersumbat dan pendengaran tidak jelas, keluar cecair pada telinga. saya mengalami masalah ini secar tiba tiba… apabila saya bgn tidur di dalam telinga belah kanan saya sakit dan permukaan luar telinga saya sakit rahang saya jugak turut sakit apabila cuba menggerakkannya. hari kedua, tiada perubahan. hari ketiga tiada perubahan tetapi telinga saya belah kiri pula sakit dan tersumbat dan menjejaskan pendengaran saya… belah kanan tidak tersumbat. pada hari ketiga juga saya mengalami pening kepala tetapi tidak teruk mana masih boleh dikawal, kalau rate dalam 2/10 sakit kepala saya. pada waktu malam saya rasa tidak sedap badan seperti hendak demam. saya makan panadol 1biji pada waktu itu. selepas saya makan panadol dan mandi. telinga saya tidak tersumbat dan kesakitan luar pemukaan telinga saya dan rahang saya tidak sakit lagi. dan boleh menggerakkan sepeti biasa dalam erti kata lain bahagian luar permukaan telinga dan rahang sudah pulih. cuba pada malam itu telinga belah kanan saya keluar cecair beewarna kuning jernih. hari keempat iaitu hari ini pemukaan luar telinga dan rahang tidak sakit lagi cuma telinga belah kanan saya masih keluar cecair kekuning jernih dan menyebabkan tersumbat… telinga belah kiri saya juga turut tersumbat tetapi kadang2 shj… dan skrg saya demam (tetapi tidak teruk) boleh doktor bgtau masalah apa yg saya alami dan cara rawatan… terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit telinga, telinga tersumbat, keluar cecair dan pendengaran tidak jelas, demam dan pening kepala mungkinnya disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan dalam telinga
- Halangan lilin telinga
- Kecederaan atau jangkitan pada gegendang telinga
- Penyakit radang telinga
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.