Sulit
3 tahun
Tekanan Dalam Telinga
Hi, Assalamualaikum Doktor. Sy nak tanya, sy sekarang sedang mengalami sakit yang tak pernah sy alami sebelum ni.
Pada hari Jumaat (19/11/2021), saya rasa seperti tekanan dari dalam telinga kanan saya. Lepastu bila saya tutup telinga sy dengan jari, sy dapat rasa denyutan (tak pasti denyutan jantung atau apa). Tapi benda tu berlaku hanya dalam sehari setengah sahaja dan hilang.
Tetapi kemudian pada hari Sabtu baru² ni (27/11/2021), ia jadi balik benda yang sama. Ditambah dengan rasa badan tak stabil seperti nak jatuh.
Sy sudah pergi ke hospital kelmarin. Doktor cek telinga sy dan mengatakan telinga saya tiada masalah. Doktor hanya bagi ubat paracetamol, pening dan alahan. Saya makan ubat tu ada pengurangan, tapi rasa pening dan tak selesa pada dalam telinga kanan sy masih ada sedikit. Selepas itu, sy tak boleh dengar bunyi yang nyaring/bising, telinga kanan sy akan rasa mcm sakit dari dalam.
Itu tanda sakit apa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah barotrauma secara ambya disebabkan oleh tahap altitude yang berbeza yang menyebabkan tekanan udara menjadi rendah ataupun tinggi. Keadaan altitude berbeza ini selalunya disebabkan aktiviti seperti:
- menyelam
- mendaki gunung
- menaiki kapal terbang
Namun, simptom barotrauma adalah pelbagai dan kami tidak boleh untuk mengulas lanjut kerana anda tidak menyatakan simptom apa yang anda alami. Hal ini kerana, setiap simptom tidak hanya spesifik kepada satu penyakit sahaja. Andai kata anda mengalami gejala ketidakselesaan pada telinga, fenomena ini boleh juga disebabkan masaah lain seperti jangkitan dalam telinga, trauma dan banyak lagi.
Simptom barotrauma pula adalah seperti berikut:
- ketidakselesaan pada telinga
- masalah pendengaran
- sakit pada telinga
- telinga berdarah
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.