Sulit
2 tahun
Masalah telinga yang bergema dan kurang jelas bila mendengar
saya wanita berumur 20 tahun , ingin memberi tahu masalah yang saya alami sudah 2 minggu telinga saya dalam keadaan kurang dengar dan bergema bila bercakap . apakah masalah telinga saya ni doctor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan masalah telinga yang kurang mendengar dan bergema apabila anda bercakap. Kami akan cuba membantu anda.
Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:
- Tahi telinga tersumbat
- Bengkak di dalam telinga
- Kecederaan di dalam telinga
- Jangkitan dalam telinga
- Masalah pendengaran lain seperti masalah saraf dan lain-lain
Sesetengah masalah pendengaran boleh menandakan sesuatu yang serius dan boleh mengganggu pendengaran pada jangka masa panjang jika tidak dirawat. Oleh itu, sila rujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan dan rawatan boleh dilakukan.
Anda boleh bercakap dengan kami secara atas talian untuk konsultasi agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.