Sulit
3 tahun
Denyut belakang telinga kiri
Doc, nak tanya . Saya rasa denyut di bhgiam belakang telinga kiri . Saya pergi klinik haritu kerana sakit telinga sbelah kiri kerana doc ckap jangkitan kulat . Adakah jangkitan kulat boleh menyebabkan denyutan ini ? Dan adakah boleh sampai ke otak ? Atau hilang ingatan? Ingin penjelasan doctor thanks!
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan dan ketidakselesaan anda berkenaan gejala denyut dan dirasakan pada belakang telinga kiri. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya jangkitan kulat atau yis pada telinga boleh menyebabkan gejala seperti
- rasa telinga tersumbat
- kemerahan pada telinga
- kegatalan
- sakit telinga
- keradangan atau bengkak
- telinga berdenyut atau berdesing
Untuk pengetahuan anda juga, jangkitan telinga yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti:
- Kehilangan pendegaran
- Keradangan tulang mastoid (mastoiditis)
- Meningitis
- Cholesteatoma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.